Yuran masuk. Resit keluar. Tak payah kejar.
Hantar pautan bayaran kepada ibu bapa, FPX dipadankan sendiri, resit dihantar automatik.
Hari kutipan yuran sekarang
- Semak penyata bank, teka siapa yang bayar
- Tangkap layar tanpa nama dan bulan
- Tulis resit dengan tangan
- Mesej setiap ibu bapa satu-satu
Dengan Jelasbil
- Bayaran FPX ditanda pada invois yang betul
- Satu pautan bayaran sekeluarga
- Resit bernombor dihantar sendiri
- Peringatan hanya kepada yang belum bayar
Tiga langkah, sekali sahaja
Selepas murid dimasukkan, setiap bulan berjalan sendiri.
Masukkan murid
Import dari Excel atau tambah satu-satu. Tetapkan yuran bulanan, pendaftaran dan diskaun.
Invois dan pautan keluar
Setiap bulan, ibu bapa terima invois dengan pautan bayaran FPX di WhatsApp atau e-mel.
Duit masuk, resit keluar
Bayaran dipadankan sendiri, resit dihantar, dan senarai belum bayar dikemas kini.
Dibina untuk satu kerja: kutip yuran
Bayaran dipadankan sendiri
Bayaran FPX ditanda "dibayar" pada invois yang betul. Tiada lagi tangkap layar tanpa nama.
Satu pautan bayaran sekeluarga
Ibu bapa dengan dua tiga anak bayar sekali sahaja, bukan satu-satu.
Resit bernombor siri
Resit dihantar kepada ibu bapa sebaik sahaja bayaran diterima.
Senarai belum bayar
Nampak siapa belum bayar bulan ini dalam satu skrin.
Import dari Excel
Bawa senarai murid sedia ada. Tak perlu taip semula.
Untuk siapa
Pusat tuisyen
Yuran bulanan ikut subjek atau pakej, murid keluar masuk setiap penggal, dan ibu bapa yang lupa tarikh bayar.
Tadika
Yuran pendaftaran dan deposit untuk sesi 2027, yuran bulanan, dan diskaun untuk adik-beradik.
Taska
Yuran bulanan yang lebih tinggi, ansuran, dan ibu bapa bekerja yang mahu bayar terus dari telefon.
Soalan lazim
Adakah ibu bapa perlu muat turun aplikasi?
Tidak. Ibu bapa terima pautan bayaran melalui WhatsApp atau e-mel dan bayar di pelayar telefon mereka.
Berapa caj bagi setiap bayaran?
Caj FPX ialah RM1 bagi setiap bil yang dibayar, dan secara lalai ditanggung oleh ibu bapa. Langganan bulanan Jelasbil adalah berasingan dan bergantung pada pelan.
Ada pelan percuma?
Ada. Pelan Percuma adalah percuma untuk sehingga 15 murid, termasuk invois, pautan bayaran, resit dan senarai belum bayar.
Saya guna Excel sekarang. Perlu taip semula semua murid?
Tidak. Senarai murid boleh diimport terus dari fail Excel (pelan Asas ke atas).
Nak lihat Jelasbil dengan data pusat anda?
Aplikasi demo belum diterbitkan. E-mel [email protected] untuk demo berpandu.